Sunday, November 13, 2011
kehidupan tanpa jemu
pergh...dah lama xbukak blog dah tak reti macam mana nak post story mory..hehe..anyway,ada nya aku kat sini sbb nak cerita tentang kehidupan aku beberapa bulan ni..huhu..xsangka aku dah nak habis study...hope aku lepas la sem 6 nnt..lepas study aku nak duduk rumah dan capai impian aku utk membesarkan badan yg kecik mcam ranting nie..ok lah berbalik dr tajuk utama dimana tentang hidup aku beberapa bulan ni..dalam masa beberapa bulan ni aku dapat rasakan ape yg aku nk selama nie adalah kebahagiaan...n aku rase aku makin dapat capai ape 2 kebahagian..atas bantuan kwan2 study aku dapat cari kekuatan aku..haisyhh...hidup nie mmg letih tapi itu yg buatkan aku bahagia...heheh..kebahagiaan yg aku cari ada pada kehendak hati diri sendiri..bermakna apa yang aku nk aku mesti lah ikut kata hati..tak perlu peduli apa yang orang kata an..apa yang aku nak buat apa yang aku suka itu semua atas kehendak aku...mungkin sebelum ni aku xdapat cari kebahagiaan aku sbb aku terlalu pk tentang orang lain tapi yang akudapat hanyalah kesakitan..sekarang aku dah jumpa kunci kebahagiaan aku..hehhe..walaupun masih ada yang xboleh terima apa yang aku minat aku xpeduli sbb aku tau apa yang aku buat hanyalah untuk aku...selagi aku tak melanggar perkara2 yg d larang oleh Allah SWT..jadi kpd semua mereka2 di luar sana jangan terlalu obses untuk menjaga hati orang tu..please la tanya hati dulu sebelum buat sesuatu..jgn terlalu takut pada orang..jangan terlalu bagi muka pada kawan2 or sape2,nnt dpijak kepala sampai 1 masa korg xboleh bersuara..okayh...:)
Saturday, April 23, 2011
di saat genting

Thursday, April 21, 2011
stop sms
Monday, April 18, 2011
i love u

Thursday, March 31, 2011
puisi ketabahan hati seorang wanita
Bethoven, mengisi dunia dengan musik inspiratif, John Milton membuahkan karya puisi indah yang menyejukkan hati, perempuan tuna netra yang tegar Helen Keller, memberikan harapan kepada semua orang cacat, ketabahan Abraham Lincolnseperti semesta alam yang memuja -Mu maka cinta yang utama ini mencintai -Mu ya ALLAH kemudian kekasih hati cinta suci yang atas ridho -Mu wanita sholehahku wanita terindah penghuni surga seperti bidadari dibumi-Mu yang bertasbih
“Kini, dunia sekali lagi memandang ke timur, kali ini bukan untuk menyaksikan kepakaran pembangunan dan teknologinya, namun ke dalam hati sanubari rakyat Jepun. “Ini termasuk kekuatan dan ketabahan serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Kini, ketika berdepan malapetaka yang dahsyat, Lelaki dan wanita yang tegap dan sihat membawa bekalan kepada mangsa selain sanggup menyerahkan catuan makanan sendiri kepada keluarga yang mempunyai anak serta warga emas.
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan. Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan. Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawaMenyelami Lautan Hati Seorang Wanita: Johor Bahru, Johor, Malaysia: Hanya seorang Hamba Allah yang sedang bermusafir menuju ke alam kekal abadi.Seorang anak kepada arwah mak abah, isteri kepada zauj yang dicintai, ibu kepada 10 orang anak, opah kepada cucu ,mentua kepada Jika besar dugaan yang diuji, maka besarlah juga bonus yang kita perolehi, maka kesabaran, ketabahan dan kekuatan sahaja yang membantu agar kita terus ceria dan riang di alam ini bersama Allah SWT.
Ketabahan menghadapinya adalah kemenangan atas ego dan amarah yang liar mendesak batin. Setiap waktu. Aku belajar untuk tegar dari rasa sakit, kepedihan, dan setiap tetes airmata yang jatuh. Menyimpannya rapat-rapat. Hingga waktu melerai segala gundah, padam cahayanya di tungku hati.. Perempuan itu menangis seusai membaca kembali puisi yang baru saja ditulisnya. Ia, sesungguhnya tak setegar seperti yang dibayangkan banyak orang. Tak sekuat dari apa yang ia sangka.
Wednesday, March 16, 2011
cinta vs perkahwinan
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah. Kemudian jangan sesekali kamu berundur. Ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ye, itu lah cinta…
Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana . Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan. ……
Tamat….
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .
